[Video] Shila Amzah Ajuk Maknya,  “Macam Cantik.. Macam Comel Je”
 Belum reda nampaknya minat rakyat Malaysia meniru aksi Syasya menyebut “macam cantik je.. macam comel je..”.
Malah artis pun nampaknya tak ketinggalan menggunakan ayat tersebut.
Antaranya Shila Amzah yang menyebut “macam cantik je.. macam comel je..” apabila merujuk kepada emaknya dalam video di bawah.
Tak apalah, memang mak Shila Amzah merangkap isteri kepada bapa Shila Amzah iaitu ND Lala ni memang cun pun.. – MyNewsHub
Anda mungkin juga meminati:
Imej Terbaru Buat Ramai Menyangka Linda Jasmine Minah Salleh
KUALA LUMPUR : Ketika majlis pertunjukan fesyen sulung jenama sut terkenal tempatan, Lord’s Tailor baru-baru ini, tetamu telah dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita berambut perang bersama gaun malam serba hitam.
Dari kejauhan, ramai menyangka bahawa susuk tubuh itu adalah wanita Eropah yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan.
Bagaimanapun apabila diperhatikan semula, wanita berkenaan adalah guru tari terkenal tanah air iaitu Linda Jasmine yang juga isteri kepada aktor popular Que Haidar.
Tampil dengan imej baru yang lebih berani dan menarik perhatian ramai, Linda Jasmine ketika didekati berkata, sudah lama dia mengidamkan untuk memiliki warna rambut sebegitu dan rasanya kini adalah waktu yang paling tepat.
“Saja sekadar untuk menukar angin. Lagipun sudah lama saya berambut hitam jadi apa salahnya memcuba sesuatu yang baru.
“Pada awalnya, memang agak kekok sebab sudah terbiasa dengan rambut hitam. Malah bila ada rambut perang ini, masalah utama saya ialah untuk memiliki pakaian yang sesuai untuk disepadankan dengan imej rambut terbaru saya ini,” katanya kepada portal murai.com.my.
Linda Jasmine berkata, selain berhadapan dengan masalah mencari pakaian yang sesuai, ramai peminat yang menyangka bahawa dia bukanLinda Jasmine sebaliknya Minah Salleh yang memiliki wajah mirip wajahnya.
“Memang kelakar. Ada kalanya bila saya keluar membeli barangkeperluan rumah di pasar raya, ada yang berbisik dan mengatakan wajah wanita Eropah itu mirip wajah saya.
“Tapi apabila saya membuka mulut dan bercakap bahasa Melayu dengan mereka, baru mereka sedar yang itu adalah saya. Tapi masih ramai yang menyangka itu bukan saya,” katanya diiringi ketawa kecil ketika menceritakan pengalamannya itu.
Sementara itu Que Haidar ketika ditanya tentang imej rambut terbaru isterinya itu ternyata bersikap terbuka. Bagaimanapun dia turut mengambil masa untuk membiasakan diri dengan penampilan terkini isterinya itu.
Jika ketika menghadiri pertunjukan fesyen Lord’s Tailor,Linda telah memilih untuk melepaskan rambut perangnya itu, tetapi ketika menghadiri Islamic Fesyen Festival (IFF) untuk menyaksikan koleksi mulimah terkini Calvin Thoo, dia telah memilih untuk mengikat sanggul. – Murai
Hubungan Farid Kamil dan Ibu Mertua Belum Pulih
UMUM tahu mengenai krisis yang melanda pelakon, Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli apabila wanita itu dikatakan tidak merestui perkahwinannya dengan Diana Danielle.
Akibatnya, ibu mertuanya itu dihalang melawat anak dan cucu yang baru dilahirkan tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.
Bagaimanapun, lebih sebulan lalu, pelakon itu merancang untuk berbaik-baik semula dengan Norsiah dengan menjemputnya ke majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti.
Namun sehingga ke hari ini, Farid mengakui hubungan mereka masih belum pulih, memetik laporan Sinar Harian.
Tetap berharap krisis ini akan berakhir, dia masih memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Kami sendiri mengharapkan kedua-dua pihak ini akan menemui titik noktah kepada kepincangan hubungan ini.
Yalah, adakalanya satu pihak haruslah mengalah demi kebaikan bersama. Jangan sampai terlambat, sudahlah. – MyNewsHub
Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan
PETALING JAYA : Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.
“Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.
“Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya.
Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.
Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.
Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini.
“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.
“Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan. – MStar Online
Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Pada 7 November lalu, telah berakhirnya sebuah drama popular Love You Mr. Arrogant yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3. Untuk pengetahuan anda, drama ini mula ditayangkan pada 25 September setiap hari Isnin hingga Khamis.
Terdahulu, drama Nora ElenaTentang Dhia, Setia Hujung NyawaTeduhan Kasih, dan Cinta Jannah telah menyerikan kaca televisyen anda. Namun selepas drama Love You Mr Arrogant melabuhkan tirai, slot akasia bakal diserikan dengan drama terbaru, Playboy Itu Suami Aku.
Mungkin menjadi citarasa dikalangan penonton tentang alam percintaan, drama ini mencatat rekod baru dengan meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta.
Hasil lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya, drama tersebut telah menjadi trending nombor satu dikalangan pengguna Twitter. Umumnya, setiap minggu drama tersebut pasti menjadi buah mulut penonton sehinggakan ada yang membuat spekulasi sendiri terhadap jalan cerita tersebut.
Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Anzalna Nasir dalam Love You Mr Arrogant
Umumnya, barisan artis yang menjayakan lakonan ini terdiri daripada Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Bagi anda yang mempunyai sebarang perbualan atau komen, letakkan hashtag #LYMA dilaman Twitter sekarang!
Menerusi sekeping gambar di akaun Instagram beliau semalam, Yasmin Hani memaklumkan yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pagi 12 November 2013.
“Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy,” tulis Yasmin Hani meluahkan rasa syukurnya.
Namun tiada maklumat lanjut yang di’kongsikan oleh selebriti ini. Apa pun tahniah buat keluarga Yasmin Hani dan suami, Sha’arin atas kehadiran orang baru yang pastinya membawa kebahagian baru dalam hidup kalian.
Yasmin Hani dan Sha’arin Mohammed Razali mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011.

Kelmarin Murai Batu tertarik dengan sebuah artikel yang keluar dalam murai.com.my mengenai pelakon Fizo Omar yang menyerahkan jongkong emas sebagai hantaran perkahwinan kepada isterinya, Mawar Abdul Karim pada Ahad lalu.

Murai Batu baca jongkong emas yang diberikan itu seberat 1.011kg! Amboi beratnya! Murai Batu tahulah harga emas di pasaran sekarang sudah murah tetapi murah macam mana pun 1gram lebih kurang RM150 ketika Murai Batu ke kedai emas bulan lalu.

Wah, Murai Batu pun sibuklah buat pengiraan sendiri kalau dah 1 gram RM150, maknanya nilai jongkong emas itu lebih kurang RM151 650 lah? Besar betul nilai hantaran Fizo buat Mawar.

Tapi apa nak harian, kalau itu yang Fizo mampu kan? Lagipun dengarnya, jongkong emas itu beri makna tak terhingga dalam kehidupannya kerana ianya hasil titik peluh Fizo bekerja sebagai pelakon sejak beberapa tahun lalu.

Tak mengapalah, apa-apa pun mereka sudah selamat pun diijabkabulkan. Murai Batu harap perkahiwnan mereka dapat berkekalan hingga akhir hayat hendaknya. – Murai.com.my

Terbukti ramai pemain-pemain terkenal liga-liga bola sepak Eropah yang beragama Islam seperti Nicolas Anelka telah menjadi seorang muallaf ketika semasa berada di Fenerbahce Turki. Begitu juga dengan Zlatan Ibrahimovic. Salah satu pemain dengan skill individu yang baik. Bintang paling bersinar di Seri A Itali ini memang lahir dari keluarga muslim. Beliau lahir dan membesar di Malmo, bandar terbesar ke tiga di Sweden, merupakan tempat komuniti muslim paling besar di negeri itu. Ibrahimovic adalah pendatang di Sweden dari ayahnya yang merupakan rakyat Bosnia dan Ibunya keturunan Croatia.

Mudah-mudahan pemain terkenal Muslim juga mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan memegang prinsip-prinsip Islam dengan baik juga.

1.Zinedine Yazid Zidane  France   (ex. Juventus dan Real Madrid) 

 

2. Nicolas Anelka France






3.Mesut Ozil Real Madrid / Jerman.
 

4.Sulley MuntariInter Milan / Ghana.


5.Samir Nasri Manchester City / France.
 

6.Frank Ribery Bayern Munich / France.



7.Karim Benzema Real Madrid/ France


8.Lasana DiaraReal Madrid / Mali.

 

9.Ibrahim Afellay PSV Eindhoven / Belanda (Maghribi) Now Barcelona
 
10.Eric Abidal Barcelona

Pemain kelahiran France yang beraksi untuk pasukan FC Barcelona dan pasukan kebangsaan France. Beraksi sebagai pemain pertahanan kiri.
 
11.Hatem Ben Arfa Olympique Marseille / France (keturunan Tunisia)
 
12.Nuri Sahin Real Madrid 
 
13.Kolo dan Yaya Toure Manchester City / Ivory Coast.
 Kolo Toure - Bermain untuk pasukan Manchester City dan merupakan pemain antarabangsa skuad Ivory Coast. Juga abang kepada pemain tengah FC Barcelona, Yaya Toure.

14.Semi Khedira Real Madrid 
 
15.Frederick KanouteSevilla FC
Sevilla FC / Mali. 
 



Jikalau kekasih anda masih berhubung dengan bekas kekasihnya sebagai kawan, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada perhubungan anda dengan kekasih. Masalah hanya akan timbul jikalau kekasih anda masih mencintai bekas kekasihnya. Simptom utama yang menunjukkan kekasih anda masih mencintai bekas kekasih adalah kekasih anda sanggup berbuat apa sahaja jikalau bekas kekasihnya perlukan pertolongan tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai contoh, kekasih anda sanggup meninggalkan anda keseorangan ketika anda berdua sepatutnya makan malam bersama kerana kereta bekas kekasihnya rosak ataupun kekasih anda lebih rela menghantar bekas kekasihnya pulang selepas waktu bekerja dan menyuruh anda menaiki teksi sahaja pulang dari kerja. Bagi anda yang penyabar, anda akan cuba sedaya upaya untuk memahami bahawa kekasihnya hanya berniat baik dan hanya ingin menolong bekas kekasih tetapi berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terluka jikalau kekasih anda ingin balik kepada bekas kekasihnya. 

Kekasih miang atau kaki perempuan

Kekasih anda suka memandang perempuan lain ketika anda keluar bersama. Kekasih anda selalu berbalas mesej yang romantik dengan ramai perempuan di laman sosial. Kekasih anda juga ramai kawan perempuan dan dia selalu sahaja tidak mempunyai masa untuk anda dan apabila anda mengajak kekasih anda keluar, dia sering memberi alasan sibuk bekerja. Anda selalu terserempak kekasih anda keluar dengan perempuan lain. Apabila anda bertanya mengenai perempuan tersebut, kekasih anda akan memberi alasan "kami hanya kawan", "dia sepupu saya", "kami hanya rakan sepejabat" dan sebagainya. Tidak salah jikalau anda ingin mempercayai kekasih anda kerana dia mungkin berkata benar akan tetapi jikalau kekasih anda selalu keluar dengan perempuan yang berlainan dan sering tersenyum ketika menjawab panggilan atau sms, itu bermakna dia mungkin berpotensi suka melayan ramai perempuan atau mempunyai kekasih yang lain. Mengapa perlu mengambil risiko untuk bersama lelaki seperti ini jikalau dia tidak mempunyai masa untuk anda tetapi mempunyai masa untuk melayan dan keluar dengan perempuan lain.

Kekasih kuat cemburu

Anda dan kekasih sering bertengkar kerana kekasih anda cemburu melihat anda berbual dengan kawan lelaki. Kekasih anda mahukan password laman sosial anda kerana dia ingin tahu anda berhubung dengan siapa. Kekasih anda tidak membenarkan anda berkawan dengan mana-mana lelaki apatah lagi berhubung dengan bekas kekasih anda. Dia juga akan sentiasa sms dan call untuk tahu dengan siapa anda keluar. Kekasih anda akan selalu memeriksa handphone anda ketika anda keluar bersama. Tidak salah jikalau kekasih anda mempunyai perasaan sedikit cemburu kerana cemburu itu tandanya dia menyayangi anda tetapi jika dia melampaui batas dan mula mengongkong anda seharusnya anda angkat kaki daripada meneruskan hubungan dengan lelaki sedemikian.

Kekasih kaki control

Kekasih anda suka mengawal kehidupan anda. Sebagai contoh, setiap kali keluar bersama, dia akan tentukan di mana tempat anda akan pergi dan enggan memberi peluang kepada anda untuk memilih. Dia akan menentukan dengan siapa anda akan berkawan tidak kira kawan lelaki ataupun perempuan. Jika kekasih anda menemani anda membeli-belah, dia akan menetukan baju fesyen apa atau warna apa yang anda patut beli. Kekasih anda juga akan masuk campur dalam semua keputusan yang anda akan buat. Jikalau anda selesa dengan lelaki sebegini, tidak mengapa kerana terdapat perempuan yang suka dikawal lelaki. Akan tetapi jika anda seorang perempuan yang inginkan pendirian dan kemahuan sendiri, anda tidak seharusnya bersama dengan lelaki sebegini.

Kekasih kaki "pau" barang


Sememangnya dalam perhubungan, kadang-kadang kita tidak kisah berkongsi harta benda seperti kereta, laptop dan sebagainya dengan kekasih kita kerana kita tahu selepas berumah tangga kita juga bakal berbuat demikian tetapi berkongsi pun kita kenalah berpada-pada. Jika kekasih anda suka meminjam kereta anda dan hanya memulangkan kereta anda apabila anda memintanya. Kemudian, dia suka menggunakan barang-barang anda seperti telefon, laptop tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada anda kerana dia menganggap barang-barang anda adalah barang-barangnya juga. Yang lebih parah lagi jika kekasih anda suka menggunakan kad kredit atau kad bank anda sesuka hati dan mengambilnya sendiri dari dompet anda tanpa pengetahuan anda. Anda harus berwaspada dengan lelaki begini, berkemungkinan besar dia bersama anda bukan kerana cinta tetapi kerana harta anda.

Kekasih kaki pukul dan panas baran


Lelaki yang panas baran adalah lelaki yang sukar untuk mengawal perasaan marah dan mudah naik angin. Jikalau bertengkar mereka akan meninggikan suara atau mengeluarkan kata-kata kesat. Tidak dinafikan bukan semua lelaki yang panas baran ialah kaki pukul tetapi lelaki yang kaki pukul sudah semestinya dia juga panas baran. Jika setiap kali bertengkar, kekasih anda masih boleh diajak berbincang bermakna dia masih boleh mengawal panas barannya akan tetapi jika dia suka mencari kesalahan anda kemudian naik marah atas sebab-sebab yang tidak munasabah, anda tidak seharusnya meneruskan hubungan dengan kekasih anda. Selain itu, jika sepanjang anda bersama dengan kekasih, dia pernah naik tangan memukul anda ketika anda bertengkar dengannya, adalah lebih baik anda menamatkan hubungan anda dengan kekasih anda. Ini kerana jikalau lelaki itu mencintai anda, seharusnya dia akan menghormati anda dan tidak akan sekali-kali memukul anda.


Kekasih menipu atau curang

Setelah sekian lama mengenali kekasih anda secara tiba-tiba anda dapat tahu rupanya dia ialah suami orang. Ini bermakna selama anda mengenali kekasih anda, dia tidak jujur, dia menipu dengan memberitahu anda dia masih belum berkahwin. Sakit hati bukan. Walau sedalam mana cinta anda pada kekasih anda sekalipun, seharusnya anda menamatkan sahaja perhubungan anda dengannya kerana dia merupakan suami orang. Tidak elok meruntuhkan rumah tangga orang lain dan anda juga harus fikir tentang perasaan isteri kekasih anda. Dalam situasi yang lain, setelah lama bersama dengan kekasih anda dan anda dapat tahu dia curang. Kekasih anda mempunyai perempuan lain. Kantoi pada kali pertama, anda mungkin memaafkannya tetapi kalau selepas itu anda dapat tahu dia masih curang, lebih baik anda mencari lelaki lain. Ini kerana kalau lebih dari sekali lalaki itu curang bermakna cintanya terhadap anda hanya suam-suam kuku. Daripada terluka, lebih baik anda mencari lelaki yang jujur dan benar-benar mencintai anda.


Ps: Sebab-sebab yang saya nyatakan hanyalah dari pandangan peribadi saya, mungkin banyak lagi sebab lain yang saya terlepas pandang. Sesiapa yang ingin menambah pendapat sendiri, boleh nyatakan di ruangan komen. Lagi satu, kekasih anda mungkin mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan tetapi tidak mengapa, siapa tahu kekasih anda bakal berubah dan siapa tahu memang dialah jodoh anda jadi anda kena terima kekasih anda seadanya. Hehe... Cuba kira berapa banyak perkataan "jikalau" yang saya gunakan dalam post ini? Selamat berhujung minggu semua

Zaman sekarang bukan sahaja kaum lelaki yang sibuk bekerja namun kaum wanita juga tidak terkecuali terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai anak dan bekeluarga.

Nak masak, mandikan anak, seterika pakaian dan sebagainya sehinggakan masa untuk bermake-up agar nampak cantik dan menarik itu tidak ada. Akhirnya, pakai gincu dan terus jalan bekerja menyebabkan kecantikan yang di miliki itu tidak terserlah.
.

  • Jenis kulit muka atau wajah anda
    Kenalilah jenis kulit wajah anda. Hal ini amat penting kerana untuk merawat kulit wajah kita agar nampak lebih berseri-seri, kita haruslah mengenali jenis kulit wajah kita terlebih dahulu.

    Berminyak? Kering? dan sebagainya. Ini kerana sekiranya kita tidak mengetahui jenis kulit wajah kita dikhuatiri akan memburukkan keadaan di saat kita menggunakan product-product kecantikan yang ada di pasaran seperti pencuci muka, krim pelembab dan sebagainya.
  • Mencuci muka atau kulit wajah anda
    Basuhlah wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari ataupun mengikut keperluan agar kita merasa lebih segar dan sihat. Dengan adanya kotoran pada wajah, ini menyebabkan bakteria-bakteria yang ada pada kotoran tersebut melekat yang mana akhirnya akan menyebabkan kulit wajah kita di jangkiti jerawat dan sebagainya.
  • Melindungi kulit wajah atau muka anda
    Elakkan diri anda dari terkena sinaran matahari dalam jangka waktu yang lama. Ini kerana ianya boleh membuatkan anda merasa pening dan mengurangkan kandungan vitamin yang ada pada anda. Bahagian kepala adalah bahagian yang paling sensitif dan perlu di lindungi.

    Anda berpanas > stress > kedutan pada wajah pun muncul..
  • Pemakanan anda
    Jaga dan kawal apa yang anda makan dan minum. Banyakkan meminum air putih dan memakan buah-buahan yang segar seperti betik dan tembikai.

    Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan tidak sihat. Ini bukan sahaja akan menyebabkan wajah anda kelihatan kusam malah ianya juga akan menyebabkan kesihatan tubuh badan anda berkurangan.

Online User

Popular Posts

Powered by Blogger.