[Video] Shila Amzah Ajuk Maknya,  “Macam Cantik.. Macam Comel Je”
 Belum reda nampaknya minat rakyat Malaysia meniru aksi Syasya menyebut “macam cantik je.. macam comel je..”.
Malah artis pun nampaknya tak ketinggalan menggunakan ayat tersebut.
Antaranya Shila Amzah yang menyebut “macam cantik je.. macam comel je..” apabila merujuk kepada emaknya dalam video di bawah.
Tak apalah, memang mak Shila Amzah merangkap isteri kepada bapa Shila Amzah iaitu ND Lala ni memang cun pun.. – MyNewsHub
Anda mungkin juga meminati:
Imej Terbaru Buat Ramai Menyangka Linda Jasmine Minah Salleh
KUALA LUMPUR : Ketika majlis pertunjukan fesyen sulung jenama sut terkenal tempatan, Lord’s Tailor baru-baru ini, tetamu telah dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita berambut perang bersama gaun malam serba hitam.
Dari kejauhan, ramai menyangka bahawa susuk tubuh itu adalah wanita Eropah yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan.
Bagaimanapun apabila diperhatikan semula, wanita berkenaan adalah guru tari terkenal tanah air iaitu Linda Jasmine yang juga isteri kepada aktor popular Que Haidar.
Tampil dengan imej baru yang lebih berani dan menarik perhatian ramai, Linda Jasmine ketika didekati berkata, sudah lama dia mengidamkan untuk memiliki warna rambut sebegitu dan rasanya kini adalah waktu yang paling tepat.
“Saja sekadar untuk menukar angin. Lagipun sudah lama saya berambut hitam jadi apa salahnya memcuba sesuatu yang baru.
“Pada awalnya, memang agak kekok sebab sudah terbiasa dengan rambut hitam. Malah bila ada rambut perang ini, masalah utama saya ialah untuk memiliki pakaian yang sesuai untuk disepadankan dengan imej rambut terbaru saya ini,” katanya kepada portal murai.com.my.
Linda Jasmine berkata, selain berhadapan dengan masalah mencari pakaian yang sesuai, ramai peminat yang menyangka bahawa dia bukanLinda Jasmine sebaliknya Minah Salleh yang memiliki wajah mirip wajahnya.
“Memang kelakar. Ada kalanya bila saya keluar membeli barangkeperluan rumah di pasar raya, ada yang berbisik dan mengatakan wajah wanita Eropah itu mirip wajah saya.
“Tapi apabila saya membuka mulut dan bercakap bahasa Melayu dengan mereka, baru mereka sedar yang itu adalah saya. Tapi masih ramai yang menyangka itu bukan saya,” katanya diiringi ketawa kecil ketika menceritakan pengalamannya itu.
Sementara itu Que Haidar ketika ditanya tentang imej rambut terbaru isterinya itu ternyata bersikap terbuka. Bagaimanapun dia turut mengambil masa untuk membiasakan diri dengan penampilan terkini isterinya itu.
Jika ketika menghadiri pertunjukan fesyen Lord’s Tailor,Linda telah memilih untuk melepaskan rambut perangnya itu, tetapi ketika menghadiri Islamic Fesyen Festival (IFF) untuk menyaksikan koleksi mulimah terkini Calvin Thoo, dia telah memilih untuk mengikat sanggul. – Murai
Hubungan Farid Kamil dan Ibu Mertua Belum Pulih
UMUM tahu mengenai krisis yang melanda pelakon, Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli apabila wanita itu dikatakan tidak merestui perkahwinannya dengan Diana Danielle.
Akibatnya, ibu mertuanya itu dihalang melawat anak dan cucu yang baru dilahirkan tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.
Bagaimanapun, lebih sebulan lalu, pelakon itu merancang untuk berbaik-baik semula dengan Norsiah dengan menjemputnya ke majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti.
Namun sehingga ke hari ini, Farid mengakui hubungan mereka masih belum pulih, memetik laporan Sinar Harian.
Tetap berharap krisis ini akan berakhir, dia masih memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Kami sendiri mengharapkan kedua-dua pihak ini akan menemui titik noktah kepada kepincangan hubungan ini.
Yalah, adakalanya satu pihak haruslah mengalah demi kebaikan bersama. Jangan sampai terlambat, sudahlah. – MyNewsHub
Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan
PETALING JAYA : Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.
“Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.
“Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya.
Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.
Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.
Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini.
“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.
“Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan. – MStar Online
Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Pada 7 November lalu, telah berakhirnya sebuah drama popular Love You Mr. Arrogant yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3. Untuk pengetahuan anda, drama ini mula ditayangkan pada 25 September setiap hari Isnin hingga Khamis.
Terdahulu, drama Nora ElenaTentang Dhia, Setia Hujung NyawaTeduhan Kasih, dan Cinta Jannah telah menyerikan kaca televisyen anda. Namun selepas drama Love You Mr Arrogant melabuhkan tirai, slot akasia bakal diserikan dengan drama terbaru, Playboy Itu Suami Aku.
Mungkin menjadi citarasa dikalangan penonton tentang alam percintaan, drama ini mencatat rekod baru dengan meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta.
Hasil lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya, drama tersebut telah menjadi trending nombor satu dikalangan pengguna Twitter. Umumnya, setiap minggu drama tersebut pasti menjadi buah mulut penonton sehinggakan ada yang membuat spekulasi sendiri terhadap jalan cerita tersebut.
Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Anzalna Nasir dalam Love You Mr Arrogant
Umumnya, barisan artis yang menjayakan lakonan ini terdiri daripada Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Bagi anda yang mempunyai sebarang perbualan atau komen, letakkan hashtag #LYMA dilaman Twitter sekarang!

Online User

Popular Posts

Powered by Blogger.